Wednesday, October 29, 2014

Peralatan

Alat muzik gendang yang digunakan ialah gendang shingu (drum tarian singa) dan terdapat juga gendang longgu. Kedua-dua gendang ini hampir sama iaitu gendang besar yang berbentuk tong dan mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.




 Gendang Shingu


Gendang dengan pemukul kayu


Rujukan:
http://budaya.jkkn.gov.my/node/287

No comments:

Post a Comment