2.1.4:
GENDANG 24 MUSIM
Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai
gendang cina atau gendang shigu di kalangan pemain muzik tradisional di
Malaysia. Menurut sejarah, ensemble ini mempunyai 24 gendang yang mana setiap
gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam calendar China.
Kalendar 24 Musim ini merupakan satu calendar yang dicipta rakyat China pada
zaman purba berdasarkan kepelbagaian fenomena alam khususnya perrubahan iklim.
Nama setiap musim ditulis pada setiap gendang menggunakan kaligrafi Cina.
Secara amnya, ensemble ini boleh dikatakan sebagai gabungan tiga unsur
kebudayaan dan kepercayaan tradisional China iaitu 24 tempoh suria atau musim,
kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ini secara tidak langsung
sebenarnya telah melahirkan sebuah seni kebudayaan baru dan interpretasi baru
terhadap kesenian gendang yang sebelum ini tidak pernah wujud di kalangan
masyarakat Negara China terutamanya di kalangan masyarakat Cina di Malaysia.
Gendang 24 Musim ini popular disebabkan bilangannya yang banyak dan sejak tahun
1990an lagi telah diajarkan kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia.
Di Malaysia, ensemble gendang 24 musim
pertama kalinya diasaskan oleh seorang guru muzik yang berasal dari negeri
Johor Bahru, En. Chen Wei Chong pada 12 Jun 1988. Persembahan pertama ensemble ini hanya
menggunakan Sembilan gendang dan dipersembahkan oleh Pertubuhan Cina di Johor
Bahru. Oleh kerana persembahan ini mendapat sambutan dan minat ramai,
pertubuhan ini Berjaya mendapatkan sumbangan dan dana untuk membeli sebanyak 15
gendang untuk melengkapkan ensemble ini.
Gendang-gendang ini mempunyai badan yang
berbentuk seperti tong dan mempunyai satu bahagian permukaan sahaja. Permukaan
gendang ini diperbuat daripada kulit lembu atau kulit kerbau yang ditegangkan
diatas permukaan gendang dan kemudiannya dipakukan dengan paku besi pada
bahagian atas gendang. Bahagian dalam gendang mengandungi beberapa dawai besi
seeprti spring yang bertindak untuk memberikan timbre yang istimewa ketika
dipukul menggunakan alat pemukul. Setiap gendang akan dilengkapi dengan dua
alat pemukul. Pukulan pada permukaan dan sudut yang berlainan menghasilkan
timbre yang berlainan. Bunyi “dung” yang berresonance rendah terhasil apabila
bahagian tengah permukaan dipukul. Bunyi “tik” yang berresonance tinggi dan
pendek terhasil apabila pemain memukul kedua-dua kayu manakala bunyi “tak” pula
dihasilkan apabila kayu memukul bahagian tepi gendang. Gendang juga boleh
dimainkan dengan menggunakan tapak tangan untuk menghasilkan timbre yang
diingini. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat.
Seperti yang sedia maklum, ensemble ini
dimainkan secara berkumpulan. Bagi mengendalikan kumpulan ini adalah satu tugas
yang agak rumit kerana ketua kumpulan harus memastikan bahawa setiap ahli
kumpulan mengetahui peranan masing-masing dan dapat memainkan peranan dengan
betul. Pergerakkan pemuzik dan corak irama menggambarkan pergerakkan petani dan
suasana pertanian. Pemuzik harus arif mengenai tempo dan irama serta dinamik
lagu yang hendak dipersembahkan. Corak irama yang asas diperkenalkan En. Chen
Wei Chong yang menggambarkan suasana para petani yang bekerja di sawah. Para
pemain akan dibahagikan kepada dua atau empat kumpulan kecil dimana setiap
kumpulan akan memainkan corak irama yang berbeza. Kostum pemain ketika
persembahan ialah pakaian tradisional lelaki Cina. Aksesori-aksesori sampingan
adalah seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang pelbagai warna.
Gendang
ini mempunyai beberapa fungsi seperti mengiringi tarian singa untuk
upacara-upacara rasmi dan perayaan, mengadakan persembahan secara solo untuk
hari kebudayaan serta untuk membuka tirai ketika mahu melakukan persembahan
kebudayaan Cina. Oleh kerana, ensemble ini mempunyai pelbagai fungsi, permainan
ensemble ini telah digabungkan dengan permainan alatan perkusi tradisional lain
seperti rebana ubi dan tabla. Gabungan permainan alatan tradisional dengan
ensemble adalah semasa sambutan Hari Kemerdekaan untuk menunjukkan perpaduan
yang sekian lama terjalin dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dahulu, permainan
ensemble ini hanya boleh dimainkan oleh kaum lelaki tetapi tidak lagi. Kaum
wanita dan kaum-kaum lain juga dilihat semakin meminati alat muzik ini. Persembahan ini juga tidak lagi
dipersembahkan hanya semasa perayaan besar kaum Cina sahaja tetapi juga ketika
majlis-majlis rasmi kerajan.
Rujukan:
https://www.scribd.com/doc/113198878/GENDANG-24-MUSIM